alhamdulillah, syukur. tiada ungkapan lain mampu dilafazkan untuk menggambar perasaan sendiri di saat dan ketika ini. Prk kali ini memang lain penangannya berbanding tahun-tahun sudah. Ya sahabat, Ia benar-benar mengubah kita, mengikut apa yang kita mahukan.
Ia bagaikan satu pelaburan jangka panjang yang dibayar sendiri oleh keringat, masa dan pengorbanan sahabat-sahabat ana. Terharu? Pilu? Mungkin ia lebih sesuai. Benarlah, prk akan memperlihatkan sikap sebenar sahabat-sahabat kita, sejauh mana kesanggupannya atau keseriusannya untuk menaikkan Islam itu di tempat sendiri.