CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 27, 2009

INDAHNYA BERTAWAKAL KPD ALLAH

al-kisah... di sebuah rumah, sepasang suami isteri sedang bingung dengan masalah paip sinki bocor di rumah mereka. sudah puas mereka 'menggodam' paip tersebut namun ia tidak membuahkan hasil. bahagian dapur acapkali 'banjir' dan ia berlanjutan selama setahun. 






suami: hmm, dapur saje dah habis beribu duit, nak repair pulak.. pokai2..    (sambil menggaru2 kepalanya yg tidak gatal)


isteri: ish, mcm mana nk buat ni.. habis ikhtiar sudah..


kemudian,


isteri: astagfirullah, kenapa aku tak minta pertolongan Allah? aku sudah melupakanMu ya Allah. ampuni aku ya Allah.


kemudian, si isteri tersebut tidak putus2 berdoa dan solat hajat supaya dipertemukan dgn tukang paip.


tidak lama selepas itu, jiran isteri tersebut didatangi seorang tukang paip indonesia. isteri tersebut meminta bantuan tukang paip itu. 

tukang paip: boleh ni kak. senang je ni. biase saya buat, mesti menjadi.          RM 150 boleh?

isteri         : boleh2..



suami: tukang paip itu dtg dgn playar hidup je? entah betul entah tidak. jgn kena tipu sudah, ngomelnya sendirian.

isteri: ish, tak baik sangka buruk. ini yang Alah datangkan kepada kita. insya Allah menjadi la tu.

setelah mencuci kotoran2 di bahagian sinki tersebut dan ketuk2 sedikit, si tukang paip pun pulang. pendahuluan RM100 sudah diberi.


keesokan harinya, paip tersebut bocor lagi. si tukang paip bertandang lagi..


tukang paip: ini masalah lain ni. agaknya sesendal paip yg bocor.. 


sambil si tukang paip sibuk di dapur, si isteri pulun membaca yasin. doanya ringkas sahaja.



isteri: ya Allah, janganlah bg aku kena tipu. permudahkanlah urusan tukang paip itu dan jadikanlah dia orang yang baik.




selepas beberapa hari, tiada lagi masalah kebocoran. Alhamdulillah, berkat doa kudus si isteri dan kebergantungannya kepada Allah, dia dipertemukan dengan penyelesaian kepada masalahnya (si tukang paip).



kali pertama saya mendengar kisah ini, saya ketawa bagai nak pecah perut. namun pada masa itu, ada kebenarannya. manusia kebiasaannya hanya akan ingat kepada penciptanya tatkala ditimpa musibah. namun, sbg seorang mukmin seharusnya ingatan kpd Allah itu, tidak bermusim. semuanya dipulangkan kpdNya. kerna hanya Dia yang Maha mengetahui atas setiap sesuatu. takut, harap dan sentiasa merujukNya adalah wajip hatta, sehingga tahap hendak membeli kasut pun!



~~~salam aidiladha kepada semua mukminin dan mukminat~~~

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails