CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 30, 2009

KATANYA KAU SEORANG PEJUANG




katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...





emel asal dari sahabatku rahizan ramlan, syukran 'alaih


Monday, December 21, 2009

HAFIZ HAFIZAH AYAH DAN UMI





ceria dengan jubah, telekung dan quran baru
(nurul faqehah, muhammad 'aqib dan siti rufaidah)


alhamdulillah, dapat pun saya menghadiahkan telekung dan jubah buat adik2 ku sempena hari ulangtahun kelahiran mereka walaupun agak terlambat. moga2 ia bermanfaat.

..."Robbana Hablana Min Azwajina wa Zurriatina Qurratu ‘ayyuna wa Ja’alna lil Muttaqina Imama"…

ya Allah, peliharalah keluargaku serta zuriat keturunanku dalam magfirahMu, amin...

"ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang diri ini lebih daripada diriku sendiri;
dan aku lebih mengetahui diriku daripada mereka.
maka ya Allah, jadikanlah saya lebih baik dari apa yg mereka duga,
dan janganlah Engkau mnyiksa saya kerana apa yg mereka ucapkan,
serta ampunilah daku atas apa yg tidak mereka ketahui"
(saidina Abu Bakar As-Siddiq)

Saturday, December 19, 2009

UNTUKMU YANG LALAI... BANGKITLAH!

kali ini saya ingin berkongsi dgn sahabiah sekalian mengenai KELALAIAN. dipetik dari buku karangan Khalid Abdul Mu'thi.

org yg lalai, tetapi tidak menyedari dirinya lalai dan sesungguhnya kelalaiannya itu akan menjadikannya lebih teruk dari binatang. ia adalah bencana. 


Abu Hassan Az-ziyat mengatakan; 

'demi Allah, aku tidak takut dgn banyaknya bid'ah dan kemungkaran. namun aku takut, hati yg betah kepadanya. kerana sesuatu itu dilakukan berulang kali, jiwa akan menjadi senang; dan ketika itu sudah sulit utk berubah'


JENIS2 LALAI


1-lalai terhadap perkara2 yg merosakkan
2-lalai terhadap perkara2 yg menyelamatkan
3- lalai kepada umur dan waktu
4-lalai terhadap tujuan hidup ( perkara2 penting)
5-lalai terhadap realiti2 islam dan dakwah kepadanya.

LALAI TERHADAP HAL2 YG MEROSAKKAN

dr abu hurairah dari rasulullah saw;


kedudukanku adalah seperti seorang lelaki yg menyalakan api. setelah api itu menyinari sekelilingnya, datanglah kupu2 dan binatang yg biasa mengitari api lalu jatuh ke dalamnya. laki2 itu cuba utk menghalanginya, namun binatang itu menyerbu sehingga lelaki itu tidak mampu lagi mencegahnya. maka, binatang2 itu berjatuhan ke dalam api. beliau kemuadian menambahkan 'itulah perumpamaan saya dgn kamu, saya berusaha menghalangimu agar tidak terjerumus masuk dlm neraka; awas neraka, awas neraka!! namun kamu menentang saya hingga kamu masuk ke dalamnya.

LALAI TERHADAP HAL2 YG MENYELAMATKAN

org yg lupa kpd Allah tidak hanya lalai, bahkan ia telah MATI!! lalai terhadap perkara2 yg  menyelamatkan ibaratnya, seorang pedagang yg melepaskan dagangan yg menguntungkan dan mengambil dagangan yg merugikan.

lalai itu berpunca dari manusia itu sendiri. pabila dia berpaling dr Allah, maka Allah akan memalingkannya dariNya dan menyediakan jalan2 kelalaian yg diinginkannya. nauzubillah!!

manusia yg hina ini selalu berbangga dgn dosa dan maksiatnya, kemudian ia sombong dan tidak mahu beribadah kpd tuhannya. astagfirullah!

'barangsiapa yg berpaling dari pengajaran Allah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yg meyesatkan), maka syaitan itulah yg menjadi teman dan selalu menyertainya'
(az-zukhruf: 36)


bagaimana sahabat? lalaikah kita??
nantikan sambungannya...

Saturday, December 5, 2009

LAFAZ YG TERSIMPAN





sahabatku;
saatku meneliti warkah hatimu
air mata merembes kembali 
tak bisa kutahan mahupun ku tadah lagi



sahabatku;
ketahuilah, diri ini gembira
kerna kupunya teman
 yg memahami rahsia hati

yg membetulkan kesilapan
yg berkongsi sedih tawa diri ini

sahabatku, 
usah kau gusar dgn tangisku
bukan kerna tajamnya katamu

hanya diri ini tidak layak utk secebis pujianmu
kerna aku ini sering kalah dek ujian
hingga saat ini
hatiku yg kotor ini mudah saja rapuh
bila saja ujian mendatang



sahabatku, 
doakan aku terus tabah
dalam medan juang ini
biarkan aku tau kau sentiasa disisi
biarkan aku rasa kau menemani
disamping Allah juga nabi




sahabatku, izinkan kusambut tanganmu
genggam erat tanganku
dengannya kita seiringan berjalan
menuju cinta DIA
merebut kasih DIA




Thursday, December 3, 2009

HAKIKAT HIDUP SEORANG KHALIFAH DAN HAMBA


dikala dirimu diselubungi kesenangan dan kemewahan;
tundukkanlah pandanganmu
ingatlah bahawa kau jua HAMBA

tatkala dirimu diselubungi kepayahan dan keperitan;
dongaklah ke atas
ingatlah bahawa engkaulah KHALIFAH!

~HIDUP INI INDAH, ANDAI SEGALANYA KERNA ALLAH~

jatuh bangun manusia adalah lumrah. kejayaan bukan bermakna ia tidak pernah jatuh, tetapi ia bangkit setelah jatuh berkali2. manakala, kegagalan sebenar adalah apabila dia tidak mahu bangkit dari kegagalan dan kekecewaan.


sabarlah adik2ku, DIA tahu kau mampu menerima ujian ini. maka, BUKTIKANLAH!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails