dari imam ghazali dalam kitabnya mizanul amal meriwayatkan; manusia terdiri dari tiga tingkatan iman dalam melawan hawa nafsu.
1) dikalahkan oleh hawa nafsu dan dikuasainya
manusia tidak mampu untuk menentang dan menyimpangnya. inilah yg banyak berlaku pada manusia sebagaimana firman Allah
`maka, pernahkah kamu melihat orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?'
(al-jatshiah: 23)
justeru, sesiapa yg membelakangkan tujuan-tujuan badaniah dan segala keperluannya dalam setiap gerak-gerinya bererti dia telah bertuhankan nafsunya!
2) ada kalanya, perlawanan antara iman dan nafsu itu silih berganti
kadang kala nafsu menguasai, terkadang ia dikuasai. pertarungan seperti ini misalnya bila ia diterkam maut dalam keadaaan seperti itu, maka ia tergolong sebagai pahlawan yg gugur syahid kerna ia telah sibuk menunduki sabda Rasulullah saw:
`perangilah hawa nafsumu, sebagaimana kamu semua memerangi musuhmu'
tingkatan ini adalah yg mulia lagi luhur bagi manusia selain para Nabi dan wali.
3) dapat mengalahkan nafsu dalam apa jua keadaan sekalipun
manusia seperti ini laksana raja yg agung, ia merupakan suatu kenikmatan yg datang, kebebasan yg sempurna. sabda Rasulullah saw,
'tiada seorang melainkan ia mempunyai syaitan, dan saya (juga mempunyai syaitan) sesungguhnya Allah telah menolongku mengalahkan syaitanku sehingga saya dapat menguasainya'
tingkatan yg seperti ini adalah seperti saidina Umar al-khatab. rasulullah bersabda:
'sekiranya Umar melintasi jalan tersebut, pasti syaitan akan melalui jalan yg lain pula'
wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment