mungkin tajuknye agak 'kontroversi', namun apa yang ingin saya kongsikan adalah; sebelum mendidik orang lain atau anak, kita perlu mendidik diri sendiri dahulu. itulah yang paling sukar sekali. tarbiah diri. kata seorang teman saya, disiplin diri melambangkan disiplin iman. ya, iman perlu disipilin! saya berikan contoh..
mama: adik, bila nak solat? dah nak habis waktu nie...!!
adik: ala.. mama pun tak solat lagi...
nah, mudah sekali kan? anak-anak umpama cerminan ibubapanya. sikapnya merefleksi akhlak dan didikan ibubapa. eh, mungkin saya bukan orang yang layak berkata-kata dalam hal ini memandangkan diri sendiri masih belum melangkah ke alam perkahwinan. maka, apa yang bakal saya tulis ni, hanya berdasarkan pengamatan saya sahaja.. anda bebas untuk tidak bersetuju..
baru-baru ini, ayah dan umi saya bagaikan 'angkat kaki' dan menyerahkan tugas mendidik dua adik saya kepada tiga anak mereka yang paling tua. aduh! bukan senang rupenye.. hehee.. saya ingin kongsikan hal ini kepada sahabat semua...
AIM:
1. latih adik2 berdikari dan berdisiplin
2. latih sikap bertanggungjawab
segale eksperimen ni, saya lakukan semase cuti sem akhir. jadi, kekangan masa memang tidak dapat dinafikan, ditambah pula dengan resit posting..
THREAD AND REWARDS
bila mereka melakukan sesuatu yang baik, ganjaran yang baik menanti.. jika bermalas-malasan atau 'buat perangai'.. hahahahaa.. sesuatu yang 'lebih baik' menanti.. contohnya,
usai solat maghrib, biasanya adik2 saya berlumba-lumba untuk merebut giliran mengaji. jika lambat mengaji, maka lambatlah buat kerja sekolah dan alamatnya, lambatlah tidur. dan saya akan memegang rotan disisi. bukan untuk merotan mereka, sebaliknya merotan Teddy (bear kesayangan mereka), jika mereka 'main-main' atau bermalas-malasan.. sedikit psychology.. hehe.. but it works!
A BRILLIANT BARGAIN
saya ingin melatih adik2 saya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini. bukan senang2 minta itu ini. then, i come out with this idea. jika mereka mahukan sesuatu dari saya, mereka perlu menawarkan sesuatu sebagai tukarannye. hehehe.. contohnye;
idah: kakak, tolong ajarkan math...
kakak: as a return?....
idah: hmmm.. idah basuh pinggan malam nie..
kakak: ok, set!
nampak macam kejam kan? tapi berbaloi. dapat latih sikap berusaha dan bijak menawar. saya bagi contoh lain..
adik: kakak, nak tengok movie..
kakak: as a return?....
adik: adik hafal sifir 7 ngan 8 malam nie
kakak: ok!
BERDIKARI
ade suatu pagi, ketika saya sedang menyediakan sarapan, adik saya menggesa saya menggosok baju untuknya. tapi keadaan sedikit kalut waktu itu sehingga saya terlupa langsung untuk menggosok bajunya. jika dulu, adik akan menangis tak berenti hinggalah saya menolongnya. namun kini, dia tidak peduli. terus menggosok bajunya sendiri tanpa perlu menunggu saya. Alhamdulillah. mission accomplished!
p/s-
-moga2 dengan mendidik kedua adikku ini menjadi medan untukku mendidik diri.. amiiinn..
-jika sahabat punya idea2 bernas mengenai tips2 mendidik anak, harap berkongsi dengan saya ye..
-sedang mencari2 buku yang sesuai untuk memahami psychology kanak2.. abang2 dan kakak2 yang dah lepas posting pead, tolong2...
2 comments:
comelnya post ni :)
kdg2 rasa susah nak fham adik sendiri, espacially budak2 ni..tapi best je layan kerenah diorang.
kalau balik tu..kecoh je rumah dgn gelak tawa mereka..rindu.
moga ku menjadi kakak yang baik.
jika nak suruh adik buat baik, kte kne melakukan kebaikan itu dulu..
pimpinan dari teladan, bukan paksaan
wallahu'alam.
Post a Comment