CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 21, 2010

MENYINTAI TAK SEHARUSNYA MEMILIKI



Sunday, October 17, 2010

RINDU...TERAMAT~

raye tahun bile ntah...

Wednesday, October 13, 2010

MOGA ALLAH MULIAKAN KAMU, MR K...


sepetang merenung diri, teringat saya kepada mr. K, seorang pemuda cina berumur lewat 30 an yang bermurah hati berkongsi secebis pengalaman hidupnya. pertemuan singkat itu cukup bermakna bagi saya dan rakan-rakan.apa tidaknya, kata-katanya bagaikan menyihir hati dan jiwa. kagum dan takjub saya pada sikap positifnya.

dikisahkan, mr. K telah menjaga kakaknya yang menghidapi penyakit mental hampir 20 tahun lamanya. di peringkat awal, beliau menganggap perubahan sikap dan persepsi kakaknya hanyalah perubahan biasa bagi manusia. lebih membingungkan, kakaknya seringkali berubah menjadi agresif, bercakap seorangan dan terlibat dalam pergaduhan. maka, MR . K dan keluarga memutuskan untuk merujuk pandangan doktor berkenaan masalah ini. menurut doktor, kakaknya disahkan menghidapi schizophrenia. sejak itu, mr. K menjadi tonggak utama yang menguruskan perihal kakaknya. di usia muda, beliau kurang memahami panyakit kakaknya dan kurangnya penerangan dari doktor terbabit makin menerukkan keadaan. ia merupakan masa yang amat sukar buat MR. K. sering saja konflik meletus antara mengurus dan memahami kakaknya dan mengurus dirinya sendiri. sementalahan itu, kakaknya sering dimasukkan ke hospital lantaran 'relapse' lantaran enggan makan ubat mengikut dos yang ditetapkan.

tidak lama selepas itu, MR K bertemu dengan doktor yang lain. kali ini, berliau diberi penerangan mengenai penyakit serta perubahan yang dialami kakaknya. semenjak itu, MR K bertekad untuk berusaha semampunya untuk membantu kakaknya. <ni part yang paling saya kagum ;)>

pertamanya, beliau sanggup memilih karier yang flexsibel yang membolehkannya balik atau keluar pada bila-bila masa sekiranya terdapat hal-hal emergency berkaitan kakaknya

2-bergilir-gilir dengan adiknya menjaga si kakak

3-menjelaskan kepada isteri dan anak-anaknya perihal si kakak dan memastikan mereka turut bantu mengurus

4-seringkali berbual dan menenangkan kakaknya

5-seringkali berdiskusi bersama doktor mengenai perkembangan kakaknya dan rawatan

6-menyertai kelab sokongan keluarga

saya hampir menangis sebenarnya apabila mendengar cerita beliau. pengorbanan buat si kakak amatla besar dan sikap positif dan sabarnya melayan karenah si kakak tidak mampu saya gambarkan.

moga Allah membalas kebaikan kamu dengan islam, MR K... insya Allah~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails