CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 17, 2010

RINDU...TERAMAT~

raye tahun bile ntah...


baru minggu ke 2 posting, dah rindu nak balik rumah. ish3, apo kono eh jang?? maaf ya, saya bukan anak manja. saya merupakan kakak sulung selepas abang saya daripada 8 adik-beradik..  macam mane tak rindu? meh saya ceritakan..


A'QIB (13 tahun)

sedari kecilnya, sudah bercita-cita untuk menjadi ulama. cikgu di sekolah pun terkejut. kini, aqib bersekolah di yayasan sofa, rembau. sebuah sekolah tahfiz. di kalangan rakannya, dia lah yang paling baik. maghrib isya' nye mesti di surau. tapi, di rumah, dialah yang paling nakal. kehadirannya sesekali di rumah, sudah cukup membuat idah (mangsa usikannya) terpekik-terlolong. saya dan umi hanya mampu geleng kepala. ditegur separuh mati pun, tak lut punye.

semasa terawih malam yang last, ayah suruh aqib jadi imam solat isya dan terawih. aqib tersipu-sipu. puas makmum tunggu, imam kecil tak muncul-muncul. tak lame pastu, aqib bawak buku teks die, yang mengatakan.. syarat sah jadi imam adelah baligh.. bijak, bijak... sudahnye, ayah jadi imam isya, aqib jadi imam terawih.


IDAH (11 tahun)

jiwanya agak sensitif. kalau nak ditegur, kena pikir dua kali. suatu hari, umi berkata, 'jag ni isi air zamzam. jangan buang ye'.. petang tu, idah disuruh buat air teh. dengan selambanye, idah menuang jag tersebut ke dalam sinki untuk dibuat air teh pula. sume orang tengok idah sambil berkata.. IDAH!!!

musuhnye hanya seorang iaitu aqib. kalau aqib tak cucuk, die sendiri cari pasal untuk jadi mangsa sakatan. suatu pagi, ayah tengah menyabit lalang di halaman. aqib nampak ayah pakai selipar idah. aqib bisik kat adik. 'adik, bagitau idah, ade orang pakai selipar die.'.. adik pun sampaikan mesej tersebut. idah yang sedang melipat telekung seusai solat, terus memekik. 'AQIB!!!!'


ADIK (9 tahun)

si kecil ni, sume orang suke. badannye kecil tapi fikirannya lebih matang berbanding teman seusianya. mungkin disebabkan dirinya anak bongsu, dah terbiasa dengan pemikiran abang-abang dan kakaknya. kalau umi masak sedap, adik akan datang peluk umi. sedapnya umi masak, esok masak lagi ye...

dulu,  adik ade seorang kawan karib. SS namenye, anak tunggal. lepas sekolah, sama ada SS makan di rumah adik @ adik makan di rumah SS. pergi dan balik sekolah same-same. suatu hari, lepas sekolah, dieorang g taman mainan di taman X. dalam 10 minit je dari rumah kami tapi kena lintas jalan-jalan. dah nak senja, tak balik-balik lagi. orang kat rumah dah risau. semua dikerah mencari adik. ayah pun naik cuak.

idah mencari di sekitar taman kami. tak jumpe. hanim kate, cari lagi. idah capai beskal, kayuh entah ke mana. balik-balik je menangis melolong. katenye g sekolah agama. cari2 tak jumpe, sampai jatuh tangga.. idah2...

bila adik balik, ayah marah betul.. adik taubat.. SS pun die dah tak kawan sangat. sekarang, adik dah kawan ngan fazira plak. jiran selang 1 rumah.

p/s- haaa..mcm mane tak rindu??/ hihiii...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails