~bersihkan hati dan nuranimu untuk menerima ilmu Allah~
buat peringkat awal ini, kami didedahkan dengan ulumul quran iaitu bidang perbahasan aspek2 berkaitan al-quran. misalnya, asbab annuzul, nasikh wal mansuh, makki wal madani, muhkamat & mutasyabihat dan lain2..
ulumul quran amat penting utk dikuasai sebelum mendalami ilmu tafsir.
ulumul quran mula berkembang di zaman sahabat atas beberapa faktor; wilayah islam yang makin bertambah luas, perkembangan minat yg mendalam hasil saranan dan cabaran al-quran sendiri, terdapatnya banyak rahsia dalam alquran yang masih tersimpul dan tersembunyi, kesungguhan umat islam dan utk mengelakkan persilisihan dan perbezaan pendapat mengenai alquran dalam pelbagai aspek.
okeh, ni baru intro.. tapi yg selebihnye yang ana nak kongsikan hanyalah selingan2 kuliah ust.. kalo nak bincang pasal ulum quran di sini, bimbang disalah erti.. so, if ade sahabat yang berminat, bole jumpe ana, nt kite bincang bersama, insya Allah..
1- ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mampu mewujudkan rasa takut pada Allah
2- dalil solat- seperti dalam tahiyat akhir.. (dialog antara rasulullah saw dgn Allah ketika di mikraj utk pensyariatan solat)
3- selepas isra' mikraj, jibril dtg 2 kali kpd rasulullah utk mengajar tentang solat. hari pertama, jibril menjadi imam, rasulullah jadi makmum utk 5 kali solat..(dlm kata lain, jibril mengajar rasulullah cara nk solat). hari kedua, jibril dtg lewat utk setiap waktu utk mengajar rasulullah tempoh waktu setiap solat.
4-ade pelbagai kaedah penyusunan ayat/surah dlm alquran. seperti yg kita tahu, alquran diturunkan secara tawatir (berperingkat) dan tak semestinya diikuti ayat demi ayat. jadi, antara kaedah penyusunannya adalah dibaca dgn tertib oleh rasulullah dlm solat, diberitahu oleh rasulullah kpd sahabat2 tertentu dan lain2..
wallahu alam...
0 comments:
Post a Comment