CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 1, 2011

CERITA CIK PAU





sepagi bersama cik pau (bukan nama sebenar) banyak mengajar diri ini. tingkahnya yang bersahaja dengan longhat pekat kedah memang memikat.. pagi itu cik pau dtg melawat ummi. dek yat (anak asuhan) dibawa bersama.

'kite nie, jaga anak orang bukan takat nak cari duit saja; (kite niat) lillahi taala juga!' katanya..

orangnya biasa2 je, surirumah sepenuh masa. mengambil upah menjaga anak tetangga yg bekerja. range umur infant ke todler.

anak2 asuhannya, bukan setakat dijaga makan-minum, malahan diajar mengaji, solat, adab dan doa.. diselang-seli dengan bertutur menggunakan bahasa inggeris.

jika mengaji, bukan setakat anak asuhan, anak jiran, malah kaum ibu juga diajarnye.. diselangi nasihat2 bagaikan ibu sendiri..

suami cik pau pula, tak kurang hebatnya! jika membeli coklat/gula-gula pasti dibahagi sama rata antara anaknya dan anak asuhannya. sampaikan timbul sedikit krisis antara anaknya dan anak asuhannya..

jika cik pau memandikan budak, suaminya akan menolong memakaikan baju.[amboi, jelesnya saye!]

jika keluar berjalan-jalan, pasti semuanya dibawa bersama. suaminya lah yang paling rajin melayan budak-budak.. sesekali cik pau atau suami hanya tersenyum andai ade yang bertanye.. anak ke? tapi macam tak serupa pulak.. cucu ka?? [hehhhee.. mcm tu skali]



[kejap-kejap kedengaran cik pau bersenandung lagu doa makan bersama dek yat. pelat2 sikit pun jadilah! alahai~ ]

pernah suatu ketika, cik pau suami isteri makan di luar. tengah2 makan, ternampak sepasang suami isteri sedang menjamu selera bersama anak-anak mereka.  si isteri terkial-kial menyuap makanan sendiri lantaran melayan karenah anak-anak. manakala si suami makan punyalah berselera, pura-pura tak paham ape yang berlaku. lantas, suami cik pau minta izin utk meminjam anak kecil tersebut.. punyalah..

amacam? benda simple je kan.. jaga anak orang. tapi semuanya diniatkan lillahi taala! amboi cik pau, tercabar saye. macam mane nak lawan cik pau nie?? besar pahalanye didik anak ni.. lagi pulak anak orang. cik pau.. cik pau.. moga Allah merahmatimu selalu.. amin!

2 comments:

eezance

subhanallah..

kalau bukan keranaNya, mana mungkin hati itu akan seluar biasa itu kan?

contoh yang baik.. nak tiru jugak.. inshaAllah... :)

jumaat212

cik eezance, dh tukar blog ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails