CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 3, 2011

ALHAMDULILLAH, MAKIN BAHAGIA~


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah masih diberi peluang mengecapi bahagia..



hari ini saya berpeluang bertemu dengan Dr Azlah, registra pathology. walaupun sekejap, banyak yang saya belajar darinya.. peribadinya cukup saye senangi.. penampilannya sederhana saje, sentiasa senyum dan mudah dibuat kawan. jika berusrah petang-petang, 4 hero kesayangan pasti dibawa bersama. dalam sesi perbincangan, tika muslimat tunduk tersipu-sipu, beliau bangkit memberi pandangannya dihadapan muslimin.

saat lunch bersama, saya tak dapat mengawal diri dari bertanye,

"ape resepinye untuk bahagia?" eh, bukan!

"macam mana akak bahagi masa utk famili and carrier?" -saye bertanye sambil menguis-nguis nasi. banyak kali jugak la pikir nak tanye ke tak..hehhee..

"mmm.. mulanya susah jugak. masa sebelum kahwin dulu, memang dah bagitau awal-awal kat bakal suami, minta izin nak ambil master, sebab nantinya perlu komitmen. jadi, masa akak 1st year (master) and skrg ni final year, memang dialah yang banyak bantu. masa dapat anak kedua, kami ambil orang gaji..

kalau hari-hari biasa ni, akak akan usahakan datang kerja awal and balik jam 4.30pm. waktu tu akak pula yang urus rumah dan anak-anak. mana yang balik sekolah agama, pastikan buat homeworks, mengaji lagi.. sampai la malam.. budak-budak ni selagi kita tak tidur, selagi tu dia tak mengantuk.. jadi kat sini (hospital) je la akak boleh study..."


[aaaa... sangat kagum~ terbayang adik-adik dirumah, bole jadi raksasa nak layankan depa nih. macam mane nak jadi lembut ngan baik cam akak eh???]


"kita ni, nak tak nak mesti ambil master.. ramaikan doktor-doktor muslimah kat hospital tuu.. "

[subhanallah! hidupnya bukan hanya berpusat pada keluarga.. namun, lebih dari itu! macam tu la peribadi mukmin. apa-apa yang dilakukan mesti terbaik dan bervisi tinggi... demi meraih redha ilahi. insya Allah]

dimasa lain pula, sempat mengintai cara kak azlah study.. bertemankan laptop kecil, papa Robin, sedikit nota-nota yang dicompile sendiri, serta minuman panas sudah cukup membuatkan dirinya tak berganjak dari meja. kecuali utk ke toilet mungkin. sesekali kak azlah menjengah saya juga. tibanya waktu solat, dirinya sudah siap bertelekung.. solat, kemudian study lagi.

[saya hanya mampu fokus 10 minit je kalau study.. 20 minit main.. then sambung balik.. cik jumaat, bila nak berubah nie??]

saya mengambil kesempatan membelek nota-notanya.. setiap nota bersaiz separuh a4 paper dilengkapi dengan coverpaper warna-warni dan ditampal gambar kaabah..motivation agaknya.. ada juga kata-kata semangat diselitkan..

"macam ni la akak study dari undergrad dlu.. nota mesti colourfull.. mesti nak highlight. buat mindmap sume supaya senang nak flashback.."

[rasenye saya dah lame tinggalkan habit macam ni.. hanya contengan cakar ayam atau tulisan ala-ala cacing menari menghiasi nota-nota.. mmmm.. kne start all over la ni~]

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. terima kasih ya Allah, mempertemukanku dengan insan hebat sepertinya.

terima kasih jugak buat kak azlah yang berkongsi sedikit pengalaman hidup. besar sungguh maknenye kat saye~

terima kasih jugak belanje lunch tadi.. terkejut jugak la mase nak bayar tadi. baru je bukak purse, akak dh hulur kat kaunter..

"kirekan yang nie skali (saye punye) ye.." siap belikan air dan ole-ole buat saya dan rumet lagiii..

[ok, sangat terharu!]


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails