CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 6, 2010

"UMI, NAK AIR MASAK.."

 hanisah, anak mak ndak..




kelmarin, semasa berbuka puasa, ada seorang anak kecil menepuk bahu saya. " umi, nak air masak" pintanya. mungkin saja saat itu, corak dan warna tudung saya seakan tudung ibunya. tapi.. ah, berbunga hati saya  jadinya.. (senyum sendiri..). tiba-tiba, timbul keinginan untuk mempunyai anak sendiri. si comel itu pasti akan jadi 'mainan' umminya. pipi gebu itu pasti ku cuit-cuit. geram!!! ;). namun, apa yang lebih membahagiakan pastinya pabila dapat mendidik anak mengenali tuhannya. amin...


merujuk kata Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya, tarbiah al-awlad fil islam; 

“Tanggungjawab mendidik dan menanamkan Islam dan aqidah di dalam diri anak adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Justeru itu setiap pendidik (ibu bapa /pengasuh/murabbi) penuh faham dan sedar dan melengkapkan diri apabila mengambil tanggungjawab ini". 


antara aspek yang perlu ditekankan para murabbi pula adalah;


1. bagaimana untuk memimpin dan membimbing anak untuk beriman kepada Allah dan segala kehebatan kuasaNya. 
2. bagaimana seharusnya menanam khusyu' dan taqwa di dalam ubudiah mereka.
3. bagaimana untuk menanam muraqabah dan takut kepada Allah dalam diri mereka dalam apa keadaan sekalipun.


sheikh al Qardhawi pula menjelaskan bahawa; 


“Pertama-tama yang wajib dibina dalam diri manusia ialah IMAN. Iman bermakna menanamkan aqidah yang sahih di dalam hatinya, yang dapat meluruskan pandangannya kepada dunia ini: manusia, kehidupan, kepada Rabb alam semesta, Pencipta manusia, Pemberi kehidupan. Aqidah ini adalah aqidah yang mengenalkan kepada manusia mengenai prinsip, perjalanan hidupnya dan tujuan hidupnya du dunia ini.


betapa pentingnya pendidikan aqidah dalam peringkat awal didikan buat si anak. kerna permulaan agama itu adalah dengan mengenal tuhannya. (awwala fiddin, ma'rifatullah). mana mungkin mengimpikan anak sehebat al-Fateh atau setulus sheikh abdul Qadir al-Jailani andai tiada usaha mencerapan soal aqidah ini dari ibu bapanya!


umairah, anak mak lang~

justeru, islam telah menggariskan beberapa panduan untuk memasakkan aqidah dalam jiwa si anak..


1. mengajar anak menghafaz kalimat tauhid. 


Imam al Ghazali telah berkata ” langkah pertama dalam menanamkan keimanan adalah dengan memberikan mereka hafazan (yakni menggalakkan anak menghafaz kalimah Tauhid dan asma’ Allah)” 


2. mendidik anak dengan kalimah tauhid


Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu “Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda “Jadikanlah kata-kata pertama yang diucapkan oleh seorang anak, kalimah ‘La ilaha Ilallah’. Dan bacakan kepadanya ketika menjelang maut, kalimah ‘La ilaha illallah’”.


Ibn Qayyim pula berkata: “apabila anak telah mampu mengucapkan kata-kata, maka ajarkan mereka kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah. Dan jadikan suara yang pertama kali didengar oleh anak berupa pengetahuan tentang Allah. Tentang Keesaan-Nya, bahawa Allah selalu mengawasi kita dan selalu mendengar percakapan kita.


3. menanam kecintaan kepada Allah


Dalam proses menanam kecintaan anak kepada Allah SWT, anak juga perlu diproses untuk merasai dan meyakini hanya Allah sahajalah tempat memohon dan menanamkan juga dalam jiwa anak akan pengawasan serta ketentuan Allah dalam keseluruhan hidupnya dan semua makhluk Allah yang selainnya.


akhir kata, anak-anak itu ibarat kain putih. ibu bapa lah yang akan mencorak agama anak itu; yahudi, nasrani atau majusi.. wallahu'alam.


ah, rindu padamu wahai anakku~


"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata 'ayun. waj'alna lil muttaqina imama
amin...



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails