sambungan...
3. menghayati pengertian al-fatihah
org yg menunaikan solat hendaklah menghadirkan di dlm hatinya setiap pengertian al-fatihah. ia hendaklah mengingati bahawa hakikat bahawa Allah swt adalah lebih agung daripada segala yg agung, maha besar dari segala yg besar, segala pujian yg indah hanyalah untuk Allah swt dari segi hakikat dan realitinya. justeru, Dia tuhan yg mencipta sekalian alam dan mentadbir seluruh urusan mereka. sesungguhnya rahmat seiringan dengan kekuasaanNya, dan keupayaanNya mengendalikan hari pembalasan tanpa campurtangan sesiapapun.
Dialah satu-satunya yg berhak disembah. kepadaNya lah segala pertolongan diharapkan utk menyempurnakan ibadah atau segala urusan. Allah swt adalah pemberi taufiq dan hidayah. ia petunjuk jalan kebenaran, kebaikan; dlm konteks ilmu dan amalan. org mukmin yg bermunajat kepada Allah mempunyai contoh teladan yg baik, iaitu org yg diberi nikmat oleh Allah dengan keimanan dan amal soleh dan mereka terdiri dari golongan nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin.
di hadapan mereka terdapat pengajaran dan iktibar tentang golongan yg dimurkai Allah kerana mengutamakan kebatilan dan meninggalkan kebenaran, mengikut kejahatan dan mengabaikan kebaikan. lantaran kejahilan, mereka telah tersesat dari jalan kebenaran dan kebaikan. golongan ad-dallun ini menyangka segala tindak-tanduk mereka sentiasa betul dan baik padahal ianya sia-sia sahaja. kesudahannya mereka masuk neraka jahannam, itulah seburuk-buruk tempat kembali.
4. membaca al-fatihah versi bukan arab
para fuqaha' bersepakat bahawa tidak sah membaca al-fatihah dengan bahasa selain bahasa arab, sama ada ia lancar bahasa arab atau tidak. ini adalah kerana al-quran adalah mukjizat dari segi lafaz dan maknanya.
imam al-qurtubi al maliki pula mengharuskan org yg tidak boleh membaca dengan bahasa arab utk menyebut bacaan lain yg ia mampu seperti takbir, tahmid, tahlil, tasbih, tamjid atau la haula wala quwwa ta la illa billah.
imam al-kasani (bermazhab hanafi) mengharuskan org yg tidak boleh membaca dengan bahasa arab utk membaca surah al-fatihah dengan bahasa lain.
5. sebutan amin
para ulama sepakat megatakan bahawa org yg solat sendirian hendaklah menyebut 'amin'.
imam abu hanifah & pendapat yg jelas dari mazhab maliki- imam hendaklah menyebut amin dengan perlahan kerana ia adalah doa.
imam malik- imam tak perlu menyebut amin tetapi makmum hendaklah menyebutnya.
ulama mazhab syafie & hambali- imam hendaklah menyaringkan sebutan amin dlm solat jahriyyah.
wallahu'alam..
p/s- diingatkan bhw tak semua huraian dinyatakan disini..
1 comments:
selingan...
ust kate, if solat jemaah, muslimat kne nmpk imam @ at least nmpk saf blakang skali muslimin.. if not, kurang pahala jemaah
sbb tu kat masjid2 skrg, ade langsir lutcahaya kat tengah2 tabir muslimat.. @ bole gak if muslimat solat kat bhgian atas
Post a Comment