alhamdulillah, setelah sekian lama menyendiri akhirnya berpeluang lagi utk menulis. <mode hepi setelah seharian beriktikaf di masjid al-azhar, kuis sementara menanti kereta sahabiah dibaiki..hehhee..>
kali nie, ana akan berkongsi sket summary tafsiran surah al-fatihah. utk menghuraikan makna lanjut surah al-fatihah atau nama lainnya, ummul kitab atau sab'ul mathani (ade 12 name sebenarnye) beberapa isu akan disentuh. utk makluman, ana menggunakan tafsir munir karangan dr wahbah azzuhaily di bawah pantauan ust zaidul amin (kuis).. sebarang ketidakfahaman, boleh rujuk ana @ mane2 ust tafsir ye..
1. kaedah memuji Allah
al-fatihah menrupakan susunan rangkap munajat yang indah; mengeratkan hubungan manusia dengan Allah SWT. ungkapan tersebut diajarkan oleh Allah kepada kita. maka, secara tersiratnya dapatlah difahami bahawa antara adab berdoa hendaklah dimulai dengan puji-pujian kepada Allah terlebih dahulu supaya doa tersebut mudah dimakbulkan.
2. membaca Al-fatihah
terdapat khilaf antara mazhab2 mengenai pembacaan, hukum dan tafsirannya.
mazhab hanafi
tak wajib bace al-fatihah. imam je wajib. sekiranya solat sendirian, wajib bace "mutlaq qira'ah" iaitu membaca mane2 ayat drpd al-quran (menurut imam hanifah, sekurang2nya 6 huruf). dalilnya:
"bacalah apa yang mudah bagimu dari al-quran" (al-muzammil: 20)
hadis: tidak (sah) solat bagi org yg tidak membaca al-fatihah
mereka mentafsirkan hadis ini sebagai: tidak sempurna solat seseorang itu jika tidak membaca al-fatihah, tapi sah lagi. cuma hukumnya = karahah tahrimiyyah (maknenye dah menghampiri haram).
menurut mazhab hanafi lagi, makmum tak perlu membaca apa-apa dalam solat yg bacaannya sirriyyah (perlahan) atau jahriyyah (nyaring).
dan apabila dibacakan al-quran, maka dengarlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat
(al-a'raf:204)
"sesiapa yang solat dibelakang imam, maka bacaan imam adalah bacaannya juga, " termasuk solat jahr /sirr
mazhab maliki, syafie, hambali
imam dan org yg solat sendirian wajib membaca al-fatihah dlm solat. dalilnya;
tiada solat bagi org yg tidak membaca al-fatihah (dalil (*) )
[tafsiran sedikit berbeza dengan hanafi sebentar tadi]. nabi juga membacanya. selain itu, mereka juga menggunakan hadis;
solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat
cumanya, imam syafie menghurai bahawa al-fatihah wajip dibaca oleh semua yang ingin solat, jahriyyah / sirriyyah, sendiri atau berjemaah, dan solat fardhu atau sunat. menggunakan dalil (*)
(hadis #)- Rasulullah saw menunaikan solat subuh lalu baginda meras sukar utk melafazkan dan menyaringkan bacaan. setelah solat, baginda bersabda, 'aku dapati kamu semua membaca dibelakang imam'. sahabat menjawab- wahai rasulullah, demi Allah memang benar. rasulullah saw bersabda; janganlah kamu berbuat demikian; kecuali ummu al-quran. sesungguhnya tiada solat bagi org yg tidak membacanya dlm solat.
menurut mazhab maliki dan hambali pula, makmum tak perlu baca al-fatihah dalam solat jahriyyah. ia hanya digalakkan dlm solat sirriyyah berdasarkan hadis # (tafsirannya berbeza sket)
...... sahabat menjawab- ya wahai Rasulullah. baginda bersabda, sebab itulah saya merasa bercelaru utk baca al-quran tadi. maka setelah itu, para sahabat tidak lagi membaca apabila Rasulullah menyaringkan bacaan dlm solat.
p/s- bersambung.....
0 comments:
Post a Comment