kebiasaan mana calon akan membentangkan manifesto dalam pilihanraya. manifesto tersebut adalah suatu ikrar atau janji kepada rakyatnya sekiranya beliau memenangi pilihanraya tersebut. namun, berapa ramai yang tegar menunaikan janjinya selepas memenangi jawatan itu?
dalam surah al-ahzab ayat 23 menyatakan;
`di antara org2 mukmin itu ada yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah. dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)'
berjanji memang mudah. tapi apa kata Allah?
surah an-nahl: 91
`dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu. sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat'
sahabat, tentu saja kita pernah/akan menjadi pemimpin. dan padanya tersisip tanggungjawab. ingatlah di kala kau jemu, bosan dan bongkak dengan jawatanmu itu; apakah kau pasti janjimu kepada Allah telah tertunai?
dan apakah Allah meredhai apa saja yang kita buat dengan jawatan/kekuasaan itu?
ESCAPISM
semasa giat berkempen, semua semangat. calon datang bersama konco-konconya. bagaikan raja diapit sana-sini. namun selepas sesuatu post dimenangi, YB ditinggalkan terkontang-kanting keseorangan. tukang sorak tarik nafas lega. YB dibiar resah gelisah bersama timbunan kerja dan tanggungjawab yang bakal dipikul. itu fenomena bisa 1 malaysia.
namun apakah janji yang ditabur sebelum ini, hanya janji YB semata? mana pergi `konco-konconya' dulu?. bukan sahabat, bukan. ia adalah janji kita semua kepada Allah. dan apabila telah diraih, ia menjadi amanah kita semua. ya, mungkin perlaksanaannya berbeza. tapi apa sumbangan kita? dan bagaimana kita melaksanakan tanggungjwab itu??
p/s-maaf andai post ini hanya picisan daripada kuliah semalam. jika ada salah/silap dan bantulah saya untuk perbetulkannya.
0 comments:
Post a Comment