Bismillah.. setinggi-tinggi kesyukuran aku rafa'kan pada Sang murabbi cinta yang menemukanku denganmu. sahabat, mengenalimu adalah suatu rahmat buatku. Aku bahagia disisimu hingga kini. Dan moga kasih kita membawa redha Dia.. Ameeenn..
Sejujurnya aku tidak pandai menarikan kata, apalagi berhujah denganmu. Namun, maafkanlah insan yang kerdil ini yang telah merobek hatimu. Pendapatku bukanlah untuk mematahkan apa lagi memincangkan apa yang telah disepakati sebelumnya. Cuma aku memandang ia dalam suatu sudut yang berlainan yang menurutku untuk kemaslahatan jangka masa panjang.. Dan ia masih dalam perkiraanku.. Aku juga belum punya keputusan yang jitu dalam hal ini..
Cuma aku ingin meminta sedikit jasamu agar membiarkan aku hanyut seketika dalam anganku ini hingga sampai waktu aku begitu pasti dengan apa yang bakal diputuskan nantinya..
Sungguh benarlah katamu, bagaimana sekiranya apa yang diputuskan tidak sama dengan apa yang direncana oleh Sang Murabbi. Ya, hakikat itu hanya Dia yang tahu. Dan aku berlindung dengan Al-Ghafur sekiranya aku telah menzalimi sesiapa mahupun dirimu dalam hal ini.
Lalu aku himpun rimbun kemaafan darimu atas kekhilafan yang terjadi. Percayalah apa yang kulakukan ini adalah untuk manfaat kita bersama dan Islam tentunya. Lupakan seketika sengketa ini kerna hakikatnya kita mengejar matlamat yang sama. Cumanya wasilahnya agak berbeza. Marilah kita sama berdoa agar Sang Murabbi mengurnia cahayaNya menerbitkan buah fikiran yang bernas lalu memandu kita keluar dari kemelut ini. Maafkan aku. Sungguh aku amat manyayangimu, sahabatku....
1 comments:
salam...
aku mengerti ape yg di benakmu..
ape yg kau fikirkan,itu juga bermain di mindaku, malah dlm sanubariku.
aku juga ingin memohon kemaafan dari 'sahabat'mu itu..
sungguh ku mohon agar segala yg diputuskan selepas ini mendapat keredhaan Ilahi, ini doaku dan sahabatku yg lain pastinya.
Ya Rabb..
Bantulah kami,
sesungguhnya Kau yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami..
Kami mohon petunjukMu ya Ilahi..
Post a Comment