alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menulis entry kali ini. sungguhpun HARI IBU telah berlalu beberapa hari lalu.. saya tetap ingin berkongsi dengan sahabat mengenai uwais al-qarni. dengan sebab melayani dan memuliakan ibunya, uwais menjadi sosok tubuh yang amat terkenal di langit akhirat. subhanallah!
Uwais al-qarni berasal dari yaman. beliau telah memeluk islam apabila seruan Nabi Muhammad telah telah mengetuk pintu hati mereka dengan kemuliaan Islam. dikisahkan, Uwais merupakan seorang anak yatim yang amat fakir. beliau mempunyai seorang ibu yang sudah tua. beliau juga mempunyai penyakit sopak ditubuhnya. masyarakat sekeliling tidak mempedulikan uwais dan tidak mengenalinya.
suatu hari, si ibu mengatakan hasratnya untuk menunaikan haji. namun, permintaan si ibu amat sulit buat uwais. perjalanan ke mekah mengambil masa yang lama. tambahan pula, dia tidak memiliki unta sebagai kenderaan. lalu uwais mendapat idea! dia membeli seekor anak lembu yang baru dilahirkan dan sudah habis menyusu. kemudian uwais membina sebuah kandang lembu di atas sebuah dataran tanah tinggi. setiap petang, beliau akan mendukung anak lembu tersebut ke kandang dan meninggalkannya makan di situ. keesokan pagi pula, beliau mendukung anak lembu itu turun bukit semula.
masyarakat melihatnya sebagai orang gila. apa taknye, petang bawak naik, pagi bawak turun bukit. namun hakikatnya, uwais seorang yang genius! selepas lapan bulan, menghampiri musim haji.. penat jerihnya sudah membuahkan hasil. anak lembu yang asalnya seberat 20 kg sudah menjadi 100kg! otot2 anak lembu itu membesar, begitu juga dengan uwais. hingga mampu mendukung anak lembu tersebut.
setibanya musim haji, uwais mendukung ibunya dari yaman ke mekah dengan kedua tangannya! anak lembu yang 100kg boleh didukung, apalagi ibunya yang hanya 50kg? barang2 keperluan makanan diletakkan dibelakang badannya. dan uwais memangku ibunya kembali dari mekah ke yaman. subhanallah!
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :
“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”
Uwais menjawab :
“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi :
“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”
Uwais menjawab :
“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. “
Ibunya berkata lagi :
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “
Uwais berkata :
“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “
Ibunya menambah :
“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :
“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali. (tak pasti tanda ini ditengkuk @ tapak tangan.. xpe2, abaikan sebentar.. ambil dulu ibrah kisah ini)
to be continued...
sumber:
0 comments:
Post a Comment