CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 14, 2010

jadilah setulus UWAIS AL-QARNI pada ibumu!-part 2





sambungan...

di suatu masa yang lain, dikisahkan Uwais amat mencintai dan merindui Rasulullah. beliau amat kepingin untuk bertemu dengan kekasih Allah itu. namun, hasratnya acapkali tertunda berikutan keadaan ibunya yang sudah tua dan uzur. suatu hari, uwais mengutarakan hajatnya kepada si ibu. lalu ibunya membenarkan dengan syarat beliau hendaklah segera pulang setelah ketemu dengan baginda nabi s.a.w.

alangkah gembiranya Uwais saat itu. beliau menyediakan keperluan ibu dan rumahnya terlebih dahulu dan sempat berpesan kepada jirannya untuk menolong ibunya buat sementara waktu. kemudian, uwais memulakan perjalanannya ke madinah yang  jaraknya hampir 400km dari yaman .

Allah mengujinya lagi setibanya madinah, apabila dia mendapati Rasulullah tiada di rumah kerana berperang. namun, kerana ketaatan kepada ibunya, membuatkan dia tidak betah menunggu kepulangan Rasulullah. uwais memohon keizinan dari saidatina Aishah untuk segera pulang. (andai kita ditempatnya, sanggupkah kita terus pulang sedangkan telah mengharungi susah payah untuk sampai ke destinasi??)


sekembalinya dari medan perang, Rasulullah terus bertanyakan perihal orang yang mencarinya. baginda berkata, uwais merupakan anak yang taat kepada ibunya dan adalah seorang yang amat terkenal di kerajaan langit. baginda berpesan kepada saidatina aishah dan saidina umar untuk mencari melihat pada tanda pada uwais jika menemuinya dan memohon supaya dia mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat mereka.

beberapa tahun selepas kewafatan Rasulullah, (di zaman khalifah umar), usaha mencari uwais masih diteruskan. mana2 kabilah yang datang dari yaman, pasti akan ditanyakan mengenai uwais. akhirnya, saidina abu bakar dan saidina umar berhasil menemuinya dan memohon doa dari uwais.

ok la.. untuk memendekkan cerita...

di masa kematian uwais al-qarni, diceritakan beberapa keajaiban berlaku. (saya tidak dapat memastikan kesahihannya, namun ambillah ibrah dari kisah ini)


dari saat dimandikan hinggalah saat dikebumikan, ada saja orang yang menunggu. para penduduk tercengang2. bukankah uwais yang dikenali mereka hanyalah seorang fakir yang kerjanya pengembala kambing dan unta? subhanallah... (banyak lagi keajaiban yang berlaku. tapi, saya enggan coretkan di sini. biarlah ia menjadi rahsia Allah tatkala menjemput kembali kekasihnya..)

moral of the story?

1. subhanallah, lihatlah layanan Allah buat kekasihnya. biarpun uwais yang fakir tidak dipedulikan manusia duniawi, namun dia amat terkenal di kerajaan langit sana, berkat ketaatan kepada ibunya. (kita bagaimana ye?)

2. mari perbetulkan niat kita dalam melakukan apapun jua. moga2, hanya Allah menemani kita di kala kita ditentang manusia.. rujuk artikel hanya habib mengenal mahbub~

3. ayuh, mulakan azam dari saat ini! berbaktilah pada IBUMU, IBUMU, IBUMU!. latih diri berbakti pada ibumu dan semoga anak-anak kita seterusnya akan melakukan yang sama seperti kita. insya Allah.
rujuk artikel mendidik anak itu, bermula 100 tahun lebih awal~


wallahu'alam...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails