CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 7, 2010

BERAMAL IKHLAS KERANA-NYA


Alhamdulillah, semalam masih diberi rahmat Allah dan dipayungi sayap malaikat dalam majlis ilmu. terima kasih buat kak ilan, yang acapkali meresahkan minda dan merobek hati saya dengan tazkirahnya. kali ni berkenaan sifat ikhlas, melalui kisah Kaab bin Malik. nak tau ceritanye?? cari sendiri... hehee...

izinkan saya berkongsi pandangan dari Sheikh Abd Qadir Al-Jailani mengenai sifat ikhlas ini..

wahai pemuda! jika engkau tidak memiliki islam, maka kau pun tidak memiliki iman;
jika engkau tidak memiliki iman, maka kau tidak memiliki keyakinan (iqan);
lalu, jika kau tidak memiliki iqan, maka kau tidak memiliki makrifat dan penngetahuan tentangNya.

jika islammu benar2 sahih, maka sahih juga ketundukanmu (istislam). jadilah orang yang berserah diri (muslim) pada Allah dalam setiap kondisimu dengan tetap menjaga batasan syara' dan konsisten menjalaninya. 

tundukkan padaNya dalam persoalan hakmu dan hak selainmu. jangan zalimi diri kamu dan selainmu, sebab kezaliman adalah kegelapan di dunia dan akhirat. kezaliman menggelapkan hati dan menghitamkan wajah serta amal. 

kesabaran adalah kunci kemenangan, ketinggian darjat dan kemuliaan. ya Allah, kami mohon kepadaMu kesabaran bersamaMu. kami juga memohon ketaqwaan, kecukupan, kekosongan dari semua dan hanya sibuk denganMu, serta ungkaplah tirai hijab antara kami dengan diriMu.

wahai yang maha Esa, sendirikanlah kami hanya untukMu, bersihkanlah kami dari makhluk, dan tuluskanlah kami hanya untukMu. buktikanlah pengakuan-pengakuan kami dengan bukti kemurahan dan kasih sayangMu; murnikanlah hati kami dan permudahkan urusan kami. jadikanlah keintiman kami hanya denganMu dan kebuasan kami untuk selainMu; jadikanlah pula angan fikiran kami menjadi suatu konsentrasi iaitu fikiran tentangMu dan kedekatan denganMu dunia dan akhirat~ amin....

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal~ jom!!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails